Kenali

Bapa kepada empat anak-anak yang  cerdas. Suami kepada isteri yang jelita. Pemilik sebuah firma perakaunan, sebuah syarikat dagangan dan menceburi pemasaran internet.

Berpengalaman di bidang korporat hampir 20 tahun terutama di bidang perakaunan dan kewangan korporat dan juga ahli bertauliah sebuah badan perakaunan. Pernah berkhidmat sebagai pengurusan kanan salah sebuah syarikat automobil utama negara, mengepalai penubuhan syarikat untuk divisyen kewangan dan implementasi system proses operasi dan perlaksanaan yang mendapat pengiktirafan pengeluar automobil antarabangsa.

Selain bidang perakaunan dan kewangan, berpengalaman juga di bidang operasi perniagaan, jualan, pemasaran, perancangan strategik dan pembinaan perniagaan.

Pernah menjadi pengarah dan pengerusi jawatankuasa audit sebuah syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur. Sekarang saya telah meninggalkan kehidupan korporat hampir setahun yang lalu untuk terajui perniagaan sendiri pula.

Nampak macam hebat saja profil ringkas saya diatas sana, memang ada kebenarannya tapi bukanlah niat saya untuk membangga diri kerana itu bukanlah hasrat saya.

Terbaru ini saya ada menyertai bengkel rahsia tarikh lahir (RTL) kelolaan saudara Rozzani atau lebih dikenali sebagai AbangLong di arena internet. Melalui analisa RTL baru saya ketahui bahawa bidang perakaunan dan kewangan bukan profession yang sesuai untuk saya. Namun ilmu dan pengalaman yang diperolehi amat berguna untuk saya menerajui perniagaan sendiri. Tetapi apa yang menarik, perniagaan yang saya ceburi kini adalah antara bidang yang paling sesuai untuk saya mengikut analisa RTL tersebut.

InsyaAllah saya akan menggunakan medium internet ini untuk mengembangkan perniagaan saya disamping berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya perolehi pada sesiapa yang ingin memanfaatkannya.

  • Share/Bookmark

Comments are closed.