Stored in Automotif, Ekonomi, Jutawan, News

Pameran Auto Antarabangsa India 2010

January 12th, 2010 | By kabu

Pameran Auto Antarabangsa India 2010

Pameran Auto Antarabangsa India 2010


India memulakan tahun baru dengan pameran automotif yang menyaksikan gergasi permotoran dunia merebut pasaran disana.

Segmen kereta kompak dan sub-kompak mencatat jualan sekitar 892,000 unit tahun lepas yang mewakili 75% jumlah pasaran, menjadikan itu pasaran terbesar dunia bagi segmen tersebut sambil mengatasi negara Jepun menurut PD Powers, syarikat maklumat pemasaran.

Tata Motors yang menggemparkan dunia dengan Nano kereta termurah didunia dengan harga USD2,500, kini menghadapi saingan daripada jenama terkemuka lain.


Toyota melabuhkan tirai kereta konsep kecil Etios yang dibina khusus untuk pasaran India, Volkswagen ada Polo, General Motors menawarkan Beat pada harga USD7,000. Tidak mahu ketinggalan, Honda mengumumkan rancangan membina kereta pada harga sekitar USD10,000. Renault yang memiliki Nissan pula mensasarkan 2012 untuk melancar kereta kecil.

Model bersama kereta yang dipamer

Model bersama kereta yang dipamer


Hampir 2 juta pengunjung melawati pameran di Delhi ini yang merupakan pameran auto ketiga terbesar selepas Frankfurt dan Shanghai berdasarkan penyertaan. Pasti membanggakan siPinaki :) . Tahun ini sejumlah 2,100 eksibitor mempamerkan product mereka dimana 800 adalah dari luar negara.

Pawan Goenka, Presiden Persatuan Pengilang Automobil India dipetik sebagai berkata” Ini adalah pameran auto terbesar pernah dianjurkan diIndia. Pameran di Delhi ini adalah sebanding dengan mana-mana pameran yang setaraf kerana penyertaan gergasi permotoran dan beberapa pelancaran model peringkat global yang telah dirancang”

  • Share/Bookmark
Tags : , , , ,

2 Responses to “Pameran Auto Antarabangsa India 2010”

  1. samdaddycool
    Says:

    Menarik! Pameran ketiga terbesar di dunia.. Best kalau dapat pergi.


  2. kabu
    Says:

    kalau pergi skrg dapat tengok macha2 tu kemas exhibition hall ajer lah…. heheheh

    ekspo dah habis last monday… :) tapi ada banyak lagi akan datang. Seoul Motor Show. Skrg tgh jalan Detroit Motor Show sampai 24 Jan 2010, kalau nak pegi ler


Leave a Reply