Saya terbaca editorial oleh Saudara Yamin Vong dalam sisipan Cars, Bikes,Trucks atau lebih dikenali dengan acronym CBT. Saudara Yamin adalah orang nlama atau Otai dalam kewartawanan automotive. Saya sempat berurusan dengan beliau melalui beberapa urusan rasmi melibatkan wartanawan dan syarikat tempat saya bertugas dulu yang mengedarkan kenderaan jenama Chevrolet diMalaysia.
Hari ini 4 October 2009 dalam editorial beliau ada menyentuh tentang review Polisi Automotive Nasional (NAP) yang bakal ditangguhkan pengumumannya ke bulan November depan.
Setiap kali isu NAP ini timbul pasti mencuit hati saya. Kali pertama polisi NAP ini diumumkan pada tahun 2006 dahulu. Selepas ia melalui pelbagai kajian, tekanan dan penangguhan akhirnya diumumkan juga. Pelbagai pihak merungut akan kepincangan yang merugikan industri automotive negara dengan NAP ni….
Yang lebih melucukan adalah Penasihat Eksekutif Divisyen Automotif yang baru dilantik ke GLC unggul automotive, seorang yang bergelar TS, kantoi dengan kepincangan NAP nih apabila sebelum pengumuman NAP beliau selalu mendabik dada bahawa NAP itu ada didalam briefcase nya. Maksudnya beliau tahu lebih banyak maklumat NAP daripada kami semua yang bekerja disitu.
Rata-rata pengimport dan pengedar kereta jenama luar mengalami kenaikan duti import berbanding sebelum NAP sedangkan TS ini sedia maklum yang beliau adalah Penasihat Eksekutif GLC yang mengedarkan majoriti kereta jenama luar yang menerima kesan langsung daripada perubahan duti import
LOL.
Saya berharap agar NAP kali ini akan benar-benar menstrukturkan dasar automotive yang mampu memanfaatkan industri automotif negara ini. Bukan hanya dasar yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Dasar yang baik seharusnya memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam dan luar industri automotif. Ini termasuklah pengguna, pemasang kenderaan, pengimport dan pengedar, wakil jualan, kerajaan (kastam, JPJ, etc), pemberi pinjaman, penanggung insuran, vendor komponen dan pembekal bahan bakar serta alam sekitar.
Apa saja perubahan, pengguna pasti akan menanggung kesannya. Itu sudah pasti.
Saudara Yamin juga ada menyentuh tentang sistem pemberian lesen import (AP) kenderaan. Agihan AP ini yang talah memanfaatkan ramai bumiputra yang menerimanya, yang membezakan adalah mereka yang berjaya mengembangkan perniagaan dengan agihan AP. Ada yang menjadi gergasi automotif, ada yang sederhana malah ada yang masih ditakuk lama. Mereka yang ditakuk lama ini mungkin hanya memperdagangkan kertas AP ini sahaja tampa membina perniagaan yang ampuh.
Hari ini sekiranya anda pergi ke penjual kereta recon bukan bumiputra, mereka mampu menawarkan harga kereta recond dari Jepun lebih rendah berbanding bumiputra yang mendapat agihan AP. Padahal bukan bumiputra ini terpaksa membeli AP dengan kos yang bukan murah daripada penerima agihan AP. Cuba anda bayangkan bagaimana hal sebegini boleh berlaku?
Sila isikan borang dibawah ini sekiranya anda suka menerima update daripada blog ini
Download pelan niaga percuma ini

Pelan Niaga Percuma!!!!
Tags : AP,
Kereta,
National Automotive Policy