Gerhana Matahari Selepas Gerhana Bulan Selang 14 hari?

Kategori: Iman, News, Umum | Tarikh diterbitkan:January 15th, 2010 | Penulis: kabu
Gerhana Matahari 3:36pm 150110

Gerhana Matahari 3:36pm 150110

14 hari yang lalu iaitu tepat pada tahun baru 2010 telah berlaku gerhana bulan. Kini berlaku pula gerhana matahari. Kejadian yang membuktikan kekuasaan Allah ini berlaku dikala pertelingkahan penggunaan perkataan Allah diantara pihak gereja dan masyarakat Islam di Malaysia. Cukup menarik kerana ini menjelaskan keEsaan tuhan yang satu mampu mentadbir ciptaanNya. Tuhan yang satu bukan dua malahan bukan tiga, tidak beranak dan tidak diberanakkan.
Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , ,

Hadiah Tahun Baru

Kategori: Awal Muharam, Iman, News, Tahun Baru | Tarikh diterbitkan:January 3rd, 2010 | Penulis: kabu

Alhamdulillah…:) hari ini 17 Muharam 1431 / 3 January 2010 dapat hadiah tahun baru……
Tadi sewaktu kesurau untuk Fardhu Zohor, ketika melalui pintu masuk saya nampak sesusuk tubuh lelaki sedang bersandar pada pintu kaca surau…. sedang jemaah sudah dirakaat ketiga. Apabila saya menoleh saya dapati orang itu saya kenal. Beliau yang dikenlai dengan nama Tan sahaja bertugas sebagai pengawal keselamatan dikejiranan saya. Saya lemparkan senyuman dan dia membalas tanpa berbicara saya terus masuk masbuk bersama jemaah dirakaat ketiga.

Saudara Tan mengucapkan Kalimah Syahadah

Saudara Tan mengucapkan Kalimah Syahadah


Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , ,

Cuti Sekolah Di Penghujung

Kategori: Cuti Sekolah, Iman, News | Tarikh diterbitkan:December 29th, 2009 | Penulis: kabu

Bila bermula cuti sekolah yang panjang maka ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Antaranya pergi melancong, kenduri kahwin, majlis khatan dan sebagainya. Surau di kejiranan saya telah menganjurkan Program Khatan Perdana dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zone 22, Bukit Subang pada 6 Disember 2009.
Sila tonton slideshow foto semasa program tersebut di bawah. Dua orang anak lelaki saya juga turut serta dalam program tersebut

Program yang dimulai dengan majlis meraikan peserta khatan pada malam sebelumnya itu di Dewan MBSA – Rafflesia Bukit Subang dirasmikan oleh Pengerusi MPP Zone 22 iaitu Dr. Daroyah Bt Alwi.
Keesokan harinya adalah hari besar bagi peserta khatan.
Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , ,

Padang

Kategori: Iman, Umum | Tarikh diterbitkan:October 4th, 2009 | Penulis: kabu

Kita terharu dan bersimpati dengan kejadian gempa bumi yang menimpa penduduk Padang, Sumatra, Indonesia. Selepas Tsunami yang menimpa Aceh hampir 5 tahun yang lampau igauannya masih lagi segar dalam ingatan kini muncul satu lagi malapetaka yang menimpa kepulauan yang sama.

Dalam masa yang sama Filipina dan Kepulauan Samoa juga dilanda malapeta dairpada kejadian alam. Pakar kajibumi akan menjelaskan sebab-sebab kejadian secara terperinci untuk pemahaman masyarakat umum. Tetapi hakikat sebenar berlaku kejadian tersebut yang melangkaui penjelasan akal perlulah difahami juga.

Kalau anda membaca akhbar Sinar 04/10/2009 ada menberitakan yang sebuah kampung tertimbus 30 meter dalamnya. Lebih kurang amcam 6 tingkat bangunan lah tu…. khabarnya penduduk kampung ini meraikan satu majlis perkahwinan. Saya tak pasti bagaimana majlis perkahwinan disambut pada pertengahan minggu disana. Cuma saya teringatkan kisah yang diceritakan pada isteri saya oleh anak muridnya.

Anak murid isteri saya ini, ibubapa mereka berasal dari Padang sana. Mereka menceritakan bagaimana ketika mereka menziarah kesana dulu, ketika mereka singgah di suatu majlis perkahwinan. Cara meraikan majlis perkahwinan ini amat jauh berbeza daripada apa yang mereka selalu lihat disini.  Apa mereka perhatikan adalah terdapat bertong-tong arak untuk hidangan tetamu yang juga dihidangkan dengan hiburan dangdut (terigatkan satu video Inul Daratista ketika mula-mula naik dulu ;) ). Ada tetamu yang sudah terlalu mabuk hingga bergaduh macam hendak berbunuhan.

Bukanlah niat saya untuk memburukkan orang yang ditimpa musibah, tapi lebih kepada untuk mengingatkan diri sendiri dan anda yang membaca coretan ini bahawa bala tuhan akan datang bila manusia sudah melampaui batasan kemanusian. Bila bala tiba, ia tak dapat mengasingkan orang yang beriman dan tidak beriman. Ia akan menimpa sesiapa sahaja yang berada di tempat tersebut.

Jadi kita perlu peka akan persekitaran kita. Tegur jika perlu, kalau tak mampu maklumkan pada pihak yang mampu menagambil tindakan. Paling tidak pun lawan dalam hati supaya kita tidak menerima kemungkaran tersebut.

  • Share/Bookmark

Lepas Raya

Kategori: Iman | Tarikh diterbitkan:September 27th, 2009 | Penulis: kabu

Puasa sudah, Raya pun sudah. Kini kembali macam biasa.

Hari ini rata-rata orang dah balik ke mukim masing-masing untuk menyambung semula kehidupan asal sebelum cuti raya. Ada yang dah balik awal sebab ambil cuti panjang sebelum raya. Dengar khabarnya jalan masuk ke Lembah Kelang tidak mengalami sesak melampau kerana masyarakat punyai masa yang panjang untuk mengatur perjalanan masing-masing.

Tapi jangan lupa nak sambung puasa 6 syawal plak sebab bonus ni besar Tuhan bagi untuk umat Nabi Muhamad.

  • Share/Bookmark
Tags : , ,

Sambutan Menggalakan

Kategori: Iman, Pemasaran Internet, Umum | Tarikh diterbitkan:September 11th, 2009 | Penulis: kabu

Alhamdulillah, sambutan Buku terbaru diluar jangkaan saya. Maklumkan pada rakan anda yang lain. Terima kasih.

  • Share/Bookmark

Pelancaran Rasmi eBuku – UMRAH AKHIR RAMADHAN

Kategori: Iman | Tarikh diterbitkan:September 11th, 2009 | Penulis: kabu
Pencarian Lailatul Qadar

Pencarian Lailatul Qadar

DAPATKAN SEKARANG eBUKU YANG MEMBONGKAR RAHSIA PEMBURUAN UMRAH DIAKHIR RAMADHAN MELALUI TRAVELOG PERSENDIRIAN SEKARANG…..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  • Share/Bookmark
Tags :

Akan Dilancarkan – UMRAH AKHIR RAMADHAN

Kategori: Iman | Tarikh diterbitkan:September 10th, 2009 | Penulis: kabu

Alhamdulillah, siap sudah eBuku yang saya usahakan sejak seminggu yang lepas.

Sekarang di peringkat akhir sebelum dilancar esok iaitu pada 11/09/2009. Kenapa tarikh itu? Apakah rahsianya? Itu boleh di pelajari dengan Rahsia Tarikh Lahir kelolaan Saudara Rozzani.

Apa pun ia jatuh pada 21 Ramadhan 1430, bermulanya pencarian Lailatul Qadar hingga ke penghujung Ramadhan nanti. Bersesuaian dengan eBuku yang akan dilancarkan nanti berkenaan pengalaman berpuasa sambil ber UMRAH AKHIR RAMADHAN di Tanah Suci. Pastilah banyak peluang  melipat gandakan usaha ibadah. Jika dilaksanakan pula dengan hati yang ikhlas kerana Allah semata-mata dan diterimaNya, pastilah beruntung orang itu.

Sekiranya anda ingin menyelami apa yang dilalui oleh orang yang berpeluang melakukan UMRAH AKHIR RAMADHAN jangan lepaskan peluang memiliki eBuku ini. Kepada mereka yang pernah melaluinya pasti eBuku ini dapat menyegarkan kembali kenangan anda.

Tungguuuu…….!!!!!!!!!

  • Share/Bookmark
Tags :

eBuku 10 Akhir Ramdhan Sudah Hampir Siap

Kategori: Iman | Tarikh diterbitkan:September 9th, 2009 | Penulis: kabu

Alhamdulillah, saya sudah mencecah 80% penulisan dan akan dilancarkan dalam masa terdekat ini

TUNGGUUUUUU!!!!!!!!

  • Share/Bookmark
Tags : ,

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan

Kategori: Iman | Tarikh diterbitkan:September 9th, 2009 | Penulis: kabu

Alhamdulillah syukur pada Allah hari ini masuk hari keempat kita berpuasa pada bulan Ramadhan 1430 Hijri. Kita perlu bersyukur kerana diizinkanNya kita melalui ibadah puasa ini. Ada orang-orang yang kita kenali tak sempat menepuhi ibadah puasa kali ini kerana mereka telah dipanggil pulang oleh Allah terlebih dahulu.

Bulan Ramadhan ini menanti dengan pelbagai peluang untuk kita melakukan ibadah mendekatkan diri pada yang Maha Esa. Solat kita, sedekah, amal jariah dan sebagainya digandakan pahala pada bulan puasa ini. Oleh itu rebutlah peluang yang tersedia didepan kita. Malam istimewa Lailatul Qadar menanti sesiapa yang berusaha dengan izin Allah.

Teringat saya beberapa tahun yang lalu, saya diberi peluang oleh Allah S.W.T. menjalankan ibadah umrah dan ziarah pada 10 akhir ramadhan di tanah suci Makkah dan Medinah. Selain pada waktu haji sepuluh akhir Ramadhan ini juga adalah waktu paling padat ditanah suci Makkah dan Medinah. Ramai yang mengambil peluang menumpukan ibadat disini dengan iktikaf, zikir, mengaji Al-Quran, tahajjud, malahan berebut-rebut memberi sedekah juadah berbuaka puasa. Memang sukar digambarkan dengan perkataan bagaimana meriahnya manusia berebut untuk beramal-ibadat.

Saya sekarang sedang menyiapkan eBuku berkenaan pengalaman umrah disana. eBuku yang sudah siap adalah pengalaman umrah kedua saya bersama isteri. Umrah pertama saya adalah pada 10 akhir ramadhan yang masih dalam proses pembikinan. Jika tiada aral saya akan melancarkan eBuku Pengalaman Umrah kami dalam masa yang terdekat ini. Sekiranya mendapat sambutan baik saya menyiapkan dan melancarkan eBuku kedua dan berikutnya pula.

Semoga eBuku tersebut akan memberi input tentang ibadah umrah dan mendorong minat anda untuk berUmrah pula.

Sekian buat kali ini, selamat berbuka dan menjalankan ibadah terawikh

  • Share/Bookmark
Tags : ,