Kategori: Blogging 101, Ekonomi, Jutawan, Motivasi, Panduan Blog, Pemasaran Internet, Smart Blogging, Umum | Tarikh diterbitkan:February 10th, 2010 | Penulis: kabu

Manjana Traffik ke Blog Anda
Apa yang akan saya bicarakan sebentar nanti mungkin adalah topik yang sudah biasa bagi blogger tegar dan kental tapi mungkin berguna bagi yang baru menceburi dunia blogging terutama yang seangkatan umur saya.
Ketika mula-mula menulis blog sekitar awal 2007 dahulu hanyalah sebagai ekplorasi pada perkara baru dalam internet dan juga menambah ilmu pengetahuan tentang HTML dan sebagainya. Saya menggunakan platform Blogger.com percuma dan menghasilkan 8 blog sendiri dan charity. Blog-blog saya itu hanyalah sebagai media storan maklumat dan rujukan kawan-kawan sahaja. Pada ketika itu saya maklum juga tentang jana wang dengan blog dan program internet marketing dan sebagainya, tapi tidak tahu secara mendalam mengenai hal-hal tersebut.
Baca selanjutnya… sila klik disini »
Tags : Blog,
Niche Blogging,
Personal Blog,
Traffik
Kategori: Cukai, Ekonomi, Jutawan, Kewangan Peribadi, Umum | Tarikh diterbitkan:February 3rd, 2010 | Penulis: kabu
Amaran!!! Artikel ini mengandungi 623 patah perkataan, jika anda baca dipejabat sila pastikan line clear supaya tak kantoi dengan Boss anda.

bayar cukai anda
Diawal tahun begini selepas sibuk hal sekolah, akan tiba kesibukan deklarasi pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya menulis topik ini sebagai menyahut cabaran Sifu blogging yang saya hormati. Bak kata pepatah orang puteh “two things that is certain in life, one is death the other is tax”.
Hahaaa…..cukai adalah sumber utama kerajaan mendapat perolehan negara dimana ia akan diguna untuk urus tadbir sesebuah negara. Jadi tak hairan jika agensi pemungut cukai memburu hingga kelubang cacing untuk mendapatkan kutipan dari pembayar cukai. Alkisahnye kegiatan haram mafia Al Copone pun dibendung melalui undang-undang percukaian Amerika Syarikat.
Maknanye jangan cuba nak lari daripada membayar cukai…..hehehe….. kerana ia adalah suatu kesalahan kriminal……..
Tapi tidak lah bermakna kita tak boleh lepas dari cukai, kerana pelepasan dari cukai adalah dibenar undang-undang. Jadi apakah jalan atau cara untuk mendapatkan pelepasan.
Baca selanjutnya… sila klik disini »
Tags : Cukai,
Cukai Pendapatan,
Cukai Perniagaan,
Income Tax,
LHDN
Kategori: Ekonomi, Jutawan, Kewangan Peribadi, News | Tarikh diterbitkan:January 18th, 2010 | Penulis: kabu

Tabungan untuk masa hadapan
Hari minggu ini saya banyak pula membaca tentang tabungan. Jadi saya terpanggil untuk menulis sedikit berkenaan topik ini.
Ramai diantara kita sedar akan kepentingan mengasingkan sedikit daripada pendapatan kita untuk disimpan dalam tabungan. Tak kiralah dimana kita menabung dalam tabung kecil ke, saham amanah, tabung haji, takaful dan sebagainya. Potongan gaji yang dicarum kedalam KWSP pun kira menabung juga sebab wang ini hanya matang bila pekerja bersara kelak. Tetapi jangan terperanjat jika kita ketahui ramai juga yang gagal menabung, dengan sebab tersendiri…..
Saya ingin membuat kupasan ringkas buat tatapan anda. Sekiranya anda ada maklumat tambahan sila, tanpa segan silu, kongsi bersama pembaca yang lain. Berkongsi ilmu ni kan baik….
Baca selanjutnya… sila klik disini »
Tags : ASB,
ASN,
Kewanga Peribadi,
KWSP,
Saham Amanah,
Tabung Haji,
Tabungan,
Takaful
Kategori: Automotif, Ekonomi, Jutawan, News | Tarikh diterbitkan:January 12th, 2010 | Penulis: kabu

Pameran Auto Antarabangsa India 2010
India memulakan tahun baru dengan pameran automotif yang menyaksikan gergasi permotoran dunia merebut pasaran disana.
Segmen kereta kompak dan sub-kompak mencatat jualan sekitar 892,000 unit tahun lepas yang mewakili 75% jumlah pasaran, menjadikan itu pasaran terbesar dunia bagi segmen tersebut sambil mengatasi negara Jepun menurut PD Powers, syarikat maklumat pemasaran.
Tata Motors yang menggemparkan dunia dengan Nano kereta termurah didunia dengan harga USD2,500, kini menghadapi saingan daripada jenama terkemuka lain.
Baca selanjutnya… sila klik disini »
Tags : 2010,
Antarabangsa,
Automotif,
India,
Pameran
Kategori: Automotif, Ekonomi, Jutawan, Umum | Tarikh diterbitkan:October 13th, 2009 | Penulis: kabu
Salam, bertemu lagi… Bagaimana hujung minggu anda? Masih sibuk dengan rumah terbuka? Hahaha . . . saya pun turut mengahadiri rumah terbuka alumni sekolah di Putrajaya. Sempat lah bertemu rakan-rakan lama daripada pelbagai batch semasa sekolah dulu. Ramai yang telah menceburi bidang perniagaan disamping masih ramai bekerja dengan majikan masing-masing, tiada apa masalah ….. Sempat saya bertemu sorang junior nih, yang dikenali sebagai Komeng, yang melibatkan diri dalam perniagaan kereta recond. Saya menanyakan sambutan pelanggan pada beliau. Katanya pelanggan kereta recond nih tetap steady dalam apa keadaan ekonomi pun. Fakta ini memang dah saya jangka, kerana saya dulu pernah terlibat dalam industri ini.
Hari ini saya bertemu dengan seorang lagi rakan lama ketika kami sama-sama menjadi rakan sekerja di NAZA dulu. Beliau pun menjalankan bisnes sendiri menjual kereta recond….. Rakan saya ni pun memberikan komenyang serupa iaitu perniagaannya stabil, malahan tahun ini 2009, perniagaannya lebih stabil berbanding 2008.
Bagaimana fenomena ini boleh terjadi bila orang ramai menghadapi krisis ekonomi ada segolongan yang kebal kemelesetan? Perkara ini ada dinatakan dalam buku “The Millionaire Next Door” karangan Thomas J. Stanley. Dapatkan buku itu disini:
Saudara Thomas J. Stanley ini bersama rakannya telah menjalankan kajian keatas lebih500 jutawan selama 20 tahun yang lepas di Amerika Syarikat. Hasil daripada kajian tersebut memberikan jawaban yang memeranjatkan iaitu antaranya ialah; 80% daripada jutawan ini tidak menonjolkan diri dengan bermewahan. Malahan mereka tinggal dikejiranan masyarakat biasa sahaja berbanding kejiranan elit seperti yang kita biasa jangkakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kajian tersebut dapatkan buku tersebut disini;


Tags : Automotif,
Ekonomi,
Jutawan,
Kereta Recond
Kategori: Jutawan, Umum | Tarikh diterbitkan:October 8th, 2009 | Penulis: kabu

Hah… Malam ini saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama idola-idola jutawan yang saya hanya kenal sebelum ini melalui media massa dan internet sahaja.
Seperti yang anda dapat lihat dalam foto ini disebelah kanan saya adalah Abang ABU manakala disebelah kiri saya adalah, siapa lagi…… Irfan Khairi lah….
Tadi saya menghadiri preview program Peoplelogy iaitu membangunkan komuniti entreprenuer di Malaysia.
Bagus sangatkah mereka berdua nih…??!!?
Bagus ke tak tu terpulang pada pentafsiran anda, tetapi mereka telah menjadi jutawan pada umur antara 24 ke 26 tahun dengan hasil usaha sendiri. Bukan dengan duit mak bapak….. atau pun duit terpijak…. Untuk ketahui kisah mereka dapatkan eBuku Mentor Jutawan ini
Sedikit sinopsis mengenai para jutawan ini adalah:
Irfan Khairi adalah penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, Penganjur Workshop Jutawan Internet, DJ Radio24 segment segment “Irfan on Air”, menjadi jutawan pada usia 25 tahun.
Abang ABU pula seorang yang kembali hidup selepas koma dalam kemalangan yang telah meragut jiwa ibu dan bapa beliau. Kemalangan berlaku semasa dalam perjalanan menghantar adiknya yang hendak mendaftar masuk USM. Beliau bangkit dan berjuang meneruskan kehidupan membela adik-adiknya yang lain hingga menjadi jutawan selepas 4 tahun iaitu pada umur 26 tahun.
Sekarang beliau menetap di Singapura dan menjadi personaliti media, penulis, mentor dan trainer. Kini anak sulungnya pula menjejaki beliau apabila sudah menulis buku sendiri pada usia 12 tahun dan penceramah pada usia 13 tahun. Hebat……??!?!?! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan eBuku Mentor Jutawan klilk saja disini:
Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Tags : Jutawan