En. BVR Subbu dilantik Pengarah Bukan Eksekutif Proton

Kategori: Automotif, News | Tarikh diterbitkan:March 3rd, 2010 | Penulis: kabu
Proton EMAS

Proton EMAS

Sumber daripada The Economic Times menyebut En. BVR Subbu telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Proton. Perlantikan beliau yang diumumkan di Geneva sempena pameran automotif ke 80 adalah sebagai langkah memasuki pasaran segmen kereta kecil terbesar dunia iaitu di benua India.

Siapakah Macha Subbu ni? Beliau adalah mantan Ketua pemasaran Hyundai Motors di India. Langkah ini membuktikan bahawa Proton adalah serius dalam meneroka pasaran global.

  • Share/Bookmark
Tags : ,

Proton EMAS Sentuhan Italdesign Giugiaro

Kategori: Automotif, Cukai, Ekonomi, News, Umum | Tarikh diterbitkan:March 3rd, 2010 | Penulis: kabu

Tahniah Proton diatas pelancaran kereta konsep EMAS di Geneva International Motor Show ke 80. EMAS adalah singkatan daripada Eco Mobility Advance Solution, direka dengan kerjasama dari Pereka Automotive terkenal, Italdesign Guigiaro.

Guigiaro telah mereka bentuk model seperti Alfasud, Volkswagon Passat, Golf, BMW, Hyundai, Fiat, Ford Europe, Lamborghini, Lancia, Lotus, Maserati, Renault, Saab, General Motors dan banyak lagi. Jadi untuk mengupah design house sebegini tentulah bukan sedikit modalnya…. :)
Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , , ,

Aktiviti Sukan Berkuda….. bersunnah sambil beriadah…..

Kategori: Cuti Sekolah, Ekonomi, News, Riadah, Umum | Tarikh diterbitkan:February 20th, 2010 | Penulis: kabu
Sesuai sebagai aktivi keluarga

Sesuai sebagai aktivi keluarga

Negara kita bukan lah habitat semula jadi bagi kuda…..maksud saya selain kuda padi lah…. :D Jika kita ingin membela kuda disini kita perlu menyediakan habitat asal kuda ini. Jadi faktor ini menyumbang kepada kos yang besar untuk membela kuda sendiri. Terdapat beberapa kelab ekuin yang menyediakan kegiatan sukan berkuda kepada umum yang menjadi ahli kelab. Yuran ahli dan aktiviti sahaja sudah mengekang penglibatan orang awam kedalam sukan berkuda ini. Belum lagi jumlah kelab yang sedikit dan terhad.

Namun begitu masih ada anggota masyarakat yang prihatin dan menyedari manfaat dari sukan berkuda. Saya bersyukur kerana baru baru ini satu kelab rekreasi dan berkuda telah dilancarkan berhampiran kediaman saya di Bukit Subang.
Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , , , , , , ,

Apa perasaan anda jika terima kejutan begini…??

Kategori: Motivasi, News, Umum | Tarikh diterbitkan:February 4th, 2010 | Penulis: kabu

Nota : sila klik “baca selanjutnya” yang terletak dibawah video, selepas itu klik video dibawah dahulu sebelum anda baca post ini kerana klip video agak panjang

Pernahkah anda terima kejutan dari rakan taulan, adik beradik, staff atau ahli kumpulan sempena sambutan tertentu atau sebagai penghargaan atas pencapaian anda? Tentu terperanjat, gembira dan terharu bukan? Cuba anda bayangkan yang memberi kejutan adalah dari seluruh bandar tempat anda tinggal atau bertugas…. tentu lebih gempak bukan?

Dibawah ini adalah rakaman persembahan Oprah di Chicago untuk Black Eyed Peas. Oprah dikejutkan oleh lebih 20,000 penduduk Chicago yang spoting sempena pelancaran siri Oprah yang terakhir sebelum bersara, keadaan yang juga dikenali sebaga flash mob.

Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , ,

Mari belajar matematik internet

Kategori: News, Panduan Blog, Smart Blogging, Umum | Tarikh diterbitkan:January 27th, 2010 | Penulis: kabu

Fakta bermanfaat bagi yang tahu menggunakannya

Fakta bermanfaat bagi yang tahu menggunakannya


Post kali ini saya ingin membawa perhatian anda pada jumlah nombor kosong dalam susunan set nombor integer. Saya gunakan kosong sebagai pemudah cara saja, cara lain pun boleh juga.. :)

Jika kosongnya satu dinamakan puluh, jika dua adalah ratus manakala tiga jadi ribu, empat jadi puluh ribu, lima pula adalah ratus ribu, jika enam naik juta pula. Seterusnya tujuh adalah puluh juta, lapan adalah ratus juta. Masih boleh ikuti saya…? Okay jika sembilan dah jadi billion, jika sepuluh jadi puluh bilion, sebelas pula jadi ratus billion. Kalau dua belas naik lah ke trillion pula…. satu trillion jika dilihat pada digit nombor jadi begini

1,000,000,000,000 atau dalam sebutan lain adalah satu juta juta

Kalau tiga belas kosong pula menjadi puluh trillion dan empat belas jadi ratus trillion. jika dilihat pada digit nombor maka jadi begini;

100,000,000,000,000 atau dalam sebutan lain seratus juta juta.

Hahaha apakah signifikannya nombor ini? :) Mari kita lihat fakta dibawah ini

Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , , , ,

Amalan menabung untuk masa hadapan

Kategori: Ekonomi, Jutawan, Kewangan Peribadi, News | Tarikh diterbitkan:January 18th, 2010 | Penulis: kabu

Tabungan untuk masa hadapan

Tabungan untuk masa hadapan


Hari minggu ini saya banyak pula membaca tentang tabungan. Jadi saya terpanggil untuk menulis sedikit berkenaan topik ini.

Ramai diantara kita sedar akan kepentingan mengasingkan sedikit daripada pendapatan kita untuk disimpan dalam tabungan. Tak kiralah dimana kita menabung dalam tabung kecil ke, saham amanah, tabung haji, takaful dan sebagainya. Potongan gaji yang dicarum kedalam KWSP pun kira menabung juga sebab wang ini hanya matang bila pekerja bersara kelak. Tetapi jangan terperanjat jika kita ketahui ramai juga yang gagal menabung, dengan sebab tersendiri…..

Saya ingin membuat kupasan ringkas buat tatapan anda. Sekiranya anda ada maklumat tambahan sila, tanpa segan silu, kongsi bersama pembaca yang lain. Berkongsi ilmu ni kan baik….

Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , , , , ,

Gerhana Matahari Selepas Gerhana Bulan Selang 14 hari?

Kategori: Iman, News, Umum | Tarikh diterbitkan:January 15th, 2010 | Penulis: kabu
Gerhana Matahari 3:36pm 150110

Gerhana Matahari 3:36pm 150110

14 hari yang lalu iaitu tepat pada tahun baru 2010 telah berlaku gerhana bulan. Kini berlaku pula gerhana matahari. Kejadian yang membuktikan kekuasaan Allah ini berlaku dikala pertelingkahan penggunaan perkataan Allah diantara pihak gereja dan masyarakat Islam di Malaysia. Cukup menarik kerana ini menjelaskan keEsaan tuhan yang satu mampu mentadbir ciptaanNya. Tuhan yang satu bukan dua malahan bukan tiga, tidak beranak dan tidak diberanakkan.
Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , ,

Pameran Auto Antarabangsa India 2010

Kategori: Automotif, Ekonomi, Jutawan, News | Tarikh diterbitkan:January 12th, 2010 | Penulis: kabu

Pameran Auto Antarabangsa India 2010

Pameran Auto Antarabangsa India 2010


India memulakan tahun baru dengan pameran automotif yang menyaksikan gergasi permotoran dunia merebut pasaran disana.

Segmen kereta kompak dan sub-kompak mencatat jualan sekitar 892,000 unit tahun lepas yang mewakili 75% jumlah pasaran, menjadikan itu pasaran terbesar dunia bagi segmen tersebut sambil mengatasi negara Jepun menurut PD Powers, syarikat maklumat pemasaran.

Tata Motors yang menggemparkan dunia dengan Nano kereta termurah didunia dengan harga USD2,500, kini menghadapi saingan daripada jenama terkemuka lain.

Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , ,

NAZA the new Chevrolet distributor…

Kategori: Automotif, News | Tarikh diterbitkan:January 5th, 2010 | Penulis: kabu

NAZA chevy
The news is not new among auto industry players. It’s only became official with the signing of memorandum of understanding (MoU) between The NAZA Group and General Motors to distribute Chevrolet cars and parts in Malaysia.

Naza Group Executive Chairman, SM Faisal SM Nasimuddin and General Motors Southeast Asia Operations and Chevrolet Sales Thailand President Steve Carlisle, signed the MoU. Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , , , ,

Hadiah Tahun Baru

Kategori: Awal Muharam, Iman, News, Tahun Baru | Tarikh diterbitkan:January 3rd, 2010 | Penulis: kabu

Alhamdulillah…:) hari ini 17 Muharam 1431 / 3 January 2010 dapat hadiah tahun baru……
Tadi sewaktu kesurau untuk Fardhu Zohor, ketika melalui pintu masuk saya nampak sesusuk tubuh lelaki sedang bersandar pada pintu kaca surau…. sedang jemaah sudah dirakaat ketiga. Apabila saya menoleh saya dapati orang itu saya kenal. Beliau yang dikenlai dengan nama Tan sahaja bertugas sebagai pengawal keselamatan dikejiranan saya. Saya lemparkan senyuman dan dia membalas tanpa berbicara saya terus masuk masbuk bersama jemaah dirakaat ketiga.

Saudara Tan mengucapkan Kalimah Syahadah

Saudara Tan mengucapkan Kalimah Syahadah


Baca selanjutnya… sila klik disini »

  • Share/Bookmark
Tags : , ,