Tahniah Proton diatas pelancaran kereta konsep EMAS di Geneva International Motor Show ke 80. EMAS adalah singkatan daripada Eco Mobility Advance Solution, direka dengan kerjasama dari Pereka Automotive terkenal, Italdesign Guigiaro.
Guigiaro telah mereka bentuk model seperti Alfasud, Volkswagon Passat, Golf, BMW, Hyundai, Fiat, Ford Europe, Lamborghini, Lancia, Lotus, Maserati, Renault, Saab, General Motors dan banyak lagi. Jadi untuk mengupah design house sebegini tentulah bukan sedikit modalnya…. Baca selanjutnya… sila klik disini »
Negara kita bukan lah habitat semula jadi bagi kuda…..maksud saya selain kuda padi lah…. Jika kita ingin membela kuda disini kita perlu menyediakan habitat asal kuda ini. Jadi faktor ini menyumbang kepada kos yang besar untuk membela kuda sendiri. Terdapat beberapa kelab ekuin yang menyediakan kegiatan sukan berkuda kepada umum yang menjadi ahli kelab. Yuran ahli dan aktiviti sahaja sudah mengekang penglibatan orang awam kedalam sukan berkuda ini. Belum lagi jumlah kelab yang sedikit dan terhad.
Namun begitu masih ada anggota masyarakat yang prihatin dan menyedari manfaat dari sukan berkuda. Saya bersyukur kerana baru baru ini satu kelab rekreasi dan berkuda telah dilancarkan berhampiran kediaman saya di Bukit Subang. Baca selanjutnya… sila klik disini »
Apa yang akan saya bicarakan sebentar nanti mungkin adalah topik yang sudah biasa bagi blogger tegar dan kental tapi mungkin berguna bagi yang baru menceburi dunia blogging terutama yang seangkatan umur saya.
Ketika mula-mula menulis blog sekitar awal 2007 dahulu hanyalah sebagai ekplorasi pada perkara baru dalam internet dan juga menambah ilmu pengetahuan tentang HTML dan sebagainya. Saya menggunakan platform Blogger.com percuma dan menghasilkan 8 blog sendiri dan charity. Blog-blog saya itu hanyalah sebagai media storan maklumat dan rujukan kawan-kawan sahaja. Pada ketika itu saya maklum juga tentang jana wang dengan blog dan program internet marketing dan sebagainya, tapi tidak tahu secara mendalam mengenai hal-hal tersebut. Baca selanjutnya… sila klik disini »
Kategori: Motivasi, News, Umum | Tarikh diterbitkan:February 4th, 2010 | Penulis: kabu
Nota : sila klik “baca selanjutnya” yang terletak dibawah video, selepas itu klik video dibawah dahulu sebelum anda baca post ini kerana klip video agak panjang
Pernahkah anda terima kejutan dari rakan taulan, adik beradik, staff atau ahli kumpulan sempena sambutan tertentu atau sebagai penghargaan atas pencapaian anda? Tentu terperanjat, gembira dan terharu bukan? Cuba anda bayangkan yang memberi kejutan adalah dari seluruh bandar tempat anda tinggal atau bertugas…. tentu lebih gempak bukan?
Dibawah ini adalah rakaman persembahan Oprah di Chicago untuk Black Eyed Peas. Oprah dikejutkan oleh lebih 20,000 penduduk Chicago yang spoting sempena pelancaran siri Oprah yang terakhir sebelum bersara, keadaan yang juga dikenali sebaga flash mob.
Amaran!!! Artikel ini mengandungi 623 patah perkataan, jika anda baca dipejabat sila pastikan line clear supaya tak kantoi dengan Boss anda.
bayar cukai anda
Diawal tahun begini selepas sibuk hal sekolah, akan tiba kesibukan deklarasi pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya menulis topik ini sebagai menyahut cabaran Sifu blogging yang saya hormati. Bak kata pepatah orang puteh “two things that is certain in life, one is death the other is tax”.
Hahaaa…..cukai adalah sumber utama kerajaan mendapat perolehan negara dimana ia akan diguna untuk urus tadbir sesebuah negara. Jadi tak hairan jika agensi pemungut cukai memburu hingga kelubang cacing untuk mendapatkan kutipan dari pembayar cukai. Alkisahnye kegiatan haram mafia Al Copone pun dibendung melalui undang-undang percukaian Amerika Syarikat.
Maknanye jangan cuba nak lari daripada membayar cukai…..hehehe….. kerana ia adalah suatu kesalahan kriminal……..
Tapi tidak lah bermakna kita tak boleh lepas dari cukai, kerana pelepasan dari cukai adalah dibenar undang-undang. Jadi apakah jalan atau cara untuk mendapatkan pelepasan.
Kategori: Review, Umum | Tarikh diterbitkan:January 31st, 2010 | Penulis: kabu
Ikon Fuhyoofm
Memang hebat…… itu yang boleh saya katakan mengenai siaran radio yang beroperasi melalui internet. Itulah Fuhyoofm.com, radio internet dari Johor, Malaysia. Untuk mendengar siaran radio ini anda perlu buka site yang saya sudah link tadi. Anda perlu cari media player yang berada ditengah pada laman utama Fuhyoofm dan klik ikon play pada player itu dan anda sudah boleh memberi halwa pada telinga anda.
Jika suka siaran ini anda boleh muat turun toolbar untuk diletakkan pada browser kegemaran anda. Dengan toolbar ini anda boleh terus mendengar siaran Fuhyoofm ini tanpa mensemakkan tab browser. Kemudahan ini lebih baik berbanding laman web radio komersil seperti Radio ERA, Hotfm dan sebagainyayang hanya membuka page baru sekiranya ingin mendegar siaran radio mereka
Apa yang menarik tentang Fuhyoofm ini adalah asal penubuhannya oleh Fitrah Media Enterprise sebagai usaha pendedahan kepada pelajar sekolah tentang dunia penyiaran sehingga kepada pelancaran Fuhyoofm dihari terkahir tahun 2009 yang lepas. Dan yang lebih menarik para DJ yang bersiaran adalah dari kalangan pelajar sekolah serta blogger kental dan tegar serta dipimpin oleh DJ Senja yang berpengalaman luas dalam dunia penyiaran.
Setelah sebulan mengikuti siaran mereka serta berinteraktif bersama DJ bertugas, saya dapat membuat sedikit kesimpulan tentang Fuhyoofm ini;
Post kali ini saya ingin membawa perhatian anda pada jumlah nombor kosong dalam susunan set nombor integer. Saya gunakan kosong sebagai pemudah cara saja, cara lain pun boleh juga..
Jika kosongnya satu dinamakan puluh, jika dua adalah ratus manakala tiga jadi ribu, empat jadi puluh ribu, lima pula adalah ratus ribu, jika enam naik juta pula. Seterusnya tujuh adalah puluh juta, lapan adalah ratus juta. Masih boleh ikuti saya…? Okay jika sembilan dah jadi billion, jika sepuluh jadi puluh bilion, sebelas pula jadi ratus billion. Kalau dua belas naik lah ke trillion pula…. satu trillion jika dilihat pada digit nombor jadi begini
1,000,000,000,000 atau dalam sebutan lain adalah satu juta juta
Kalau tiga belas kosong pula menjadi puluh trillion dan empat belas jadi ratus trillion. jika dilihat pada digit nombor maka jadi begini;
100,000,000,000,000 atau dalam sebutan lain seratus juta juta.
Hahaha apakah signifikannya nombor ini? Mari kita lihat fakta dibawah ini
Kategori: Iman, News, Umum | Tarikh diterbitkan:January 15th, 2010 | Penulis: kabu
Gerhana Matahari 3:36pm 150110
14 hari yang lalu iaitu tepat pada tahun baru 2010 telah berlaku gerhana bulan. Kini berlaku pula gerhana matahari. Kejadian yang membuktikan kekuasaan Allah ini berlaku dikala pertelingkahan penggunaan perkataan Allah diantara pihak gereja dan masyarakat Islam di Malaysia. Cukup menarik kerana ini menjelaskan keEsaan tuhan yang satu mampu mentadbir ciptaanNya. Tuhan yang satu bukan dua malahan bukan tiga, tidak beranak dan tidak diberanakkan. Baca selanjutnya… sila klik disini »
Kategori: Ekonomi, Umum | Tarikh diterbitkan:January 6th, 2010 | Penulis: kabu
Jus jambu Pak Cu 916
Tak tunggu lama pun kesan kenaikan harga gula dah nampak taringnya….. Anda pasti biasa mendengar nama Jambu Pak Cu 916. Penjenamaan dan pemasaran yang telah menaikkan permintaan jambu batu potong dipasaran. Mengorak langkah, mereka telah mengeluarkan jus jambu yang dibotolkan. Sedap juga rasa jus jambu nih…….
Minggu lepas sebelum tahun baru saya beli sebotol jus jambu ni dengan harga RM1.80 untuk size 340ml. Hari harga dah naik RM2.00 sebotol, naik 20sen. Saya tanya adik yang jual tu bila naik harga? “Baru ni bang..” Geleng kepala saya…… Baca selanjutnya… sila klik disini »
Hadiah tahun baru 2010 sudah diumumkan. Tindakbalas pemborong pun sudah berlaku sepantas kilat. Keadaan yang sama juga berlaku ketika pengumunan harga minyak petrol & diesel naik melonjak suatu masa dahulu. Masyarakat diperlakukan seperti budak hingusan apabila beberapa hari sebelum pengumuman kenaikan harga terdapat pelbagai pihak dari pentadbiran memberi jaminan bahawa harga gula tidak akan naik dalam masa terdekat. Tetapi rupanya mereka masih suka bersikap sedemikian. Baca selanjutnya… sila klik disini »