Stored in Iman, News, Umum

Gerhana Matahari Selepas Gerhana Bulan Selang 14 hari?

January 15th, 2010 | By kabu
Gerhana Matahari 3:36pm 150110

Gerhana Matahari 3:36pm 150110

14 hari yang lalu iaitu tepat pada tahun baru 2010 telah berlaku gerhana bulan. Kini berlaku pula gerhana matahari. Kejadian yang membuktikan kekuasaan Allah ini berlaku dikala pertelingkahan penggunaan perkataan Allah diantara pihak gereja dan masyarakat Islam di Malaysia. Cukup menarik kerana ini menjelaskan keEsaan tuhan yang satu mampu mentadbir ciptaanNya. Tuhan yang satu bukan dua malahan bukan tiga, tidak beranak dan tidak diberanakkan.

Imam menyampaikan khutbah gerhana

Imam menyampaikan khutbah gerhana

Apa pun yang utama adalah kesempatan kita umat Islam mengambil ganjaran dari kejadian ini dengan melaksanakan ibadah sunat muakad. Sunat yang sangat dituntut pelaksanaannya. Surau Al-Mahdi Bukit Subang menganjurkan program solat sunat gerhana matahari. Solat sunat dua rakaat yang terdapat dua rukuk pada setiap rakaat dengan satu salam. Disusuli pula dengan khutbah gerhana.

Antara jemaah yang hadir

Antara jemaah yang hadir

Kejadian gerhana matahari yang berlaku disiang hari antara jam 1430 hingga 1730 mengekang sebahagain jemaah yang terpaksa kembali bertugas daripada mengikuti ibadah sunat ini. Tidak seperti gerhana bulan yang lalu berlaku ditengah malam antara jam 0230 hingga 0530 membolehkan lebih ramai jemaah mengikuti program solat sunat gerhana di surau ini.

Semoga kita dapat manfaat daripada kejadian ciptaan Tuhan ini.

  • Share/Bookmark
Tags : , , ,

Leave a Reply