Jutawan
Hah…Ni bab yang ramai orang pasti akan beri perhatian…. dan dari perspektif masing-masing.
Ada yang melihat topik ini hanya lah angan-angan, atau sesuatu yang sukar dicapai, hanya mereka yang bertuah sahaja boleh jadi jutawan ataupun pewaris harta yang memang sedia jutawan, ada juga yang melihat topik ini sebagai sesuatu yang akan membawa kita kearah kelalain atau kehancuran dan berbagai perspektif yang lain lagi.
Apakah yang dinamakan jutawan ini?
Juga terpulang kepada definasi yang anda suka terima. Anda boleh bergelar jutawan sekiranya anda memiliki:
- Wan tunai sejuta Ringgit, Dolar, Yen, Euro, Mark, Rupee atau rupiah pun bole juge…
- Logam seperti emas dan perak dengan nilai pasaran sejuta matawang
- Hartanah seperti tanah, bangunan, rumah, kedai, ladang, lombang dengan nilai matawang sejuta
- Perniagaan yang bernilai sejuta matawang
Itu kategori ringkas aje lah.
Saya ketika mula memberi perhatian pada topik jutawan ini adalah pada 15 tahun yang lampau. Ketika itu saya mula memegang jawatan yang agak stabil selepas beberpa tahun memasuki alam pekerjaan. Saya mula meminati tokoh-tokoh atau idola-idola jutawan tempatan dan luar negara, bagaimana mereka bermula dan cabaran yang mereka tempuhi untuk bergelar jutawan. Antara nama-nama yang anda mungkin biasa dengari adalah seperti Daim Zainudin, Ananda Krishnan, Mustapha Kamal, Arwah SM Nasimuddin SM Amin, Shamsudin SapuraRobert Kiyoseki, Donald Trump dan lain-lain. Mungkin ada yang mempertikaikan nama-nama yang saya sebutkan tadi, terpulang pada anda kerana seperti yang saya sebutkan tadi cara bagaimana mereka bergelar jutawan adalah berbeza.
Minat dengan topik jutawan ini membawa saya menyertai anak syarikat NAZA yang mengimport CBU Mercedes Benz. Tekad saya ketika itu adalah untuk mempelajari ilmu niaga dan seterusnya memiliki bisnes sendiri. Sebenarnya saya memang berhasrat buat bisnes ni dari bangku sekolah lagi. Jual kad ucapan raya dan hari lahir, jual t-shirt, maggie dan rokok ( yg ini jgn diikut ye adik2
). Semasa memilih kursus untuk pengajian kolej pun saya ambil keputusan untuk mempelajari subjek yang perlu dipelajari dalam kelas iaitu Perakaunan. Pada saya kalau nak belajar bisnes lebih baik dengan orang yang dah berjaya dalam bisnes. Alhamdulillah… sepanjang saya bekerja dapat belajar skill bisnes dan penuhi impian Akauntan Bertauliah. Namun sepanjang meniti alam korporat, usaha memiliki bisnes sendiri dan topik jutawan mula beralih fokus dengan tumpuan yang diberikan pada tugas yang dikendong.
Baru-baru ini ketika mendengar temu bual jutawan internet, Irfan Khairi di Radio24, mereka berceloteh dengan bersahaja. Walaupun bersahaja dan informasi biasa tetapi ia benar-benar telah menghantuk kepala saya, menyedarkan saya tentang sesuatu. Saya telah memahami bagaimana para jutawan telah melalui proses dan usaha yang menjadikan mereka jutawan. Banyak buku yang telah saya baca, malahan bertanya sendiri pada jutawan ini tips-tips mereka. Namun perkara utama yang saya tidak lakukan adalah membuat keputusan untuk menjadi jutawan itu sendiri. Jadi bagaimana proses yang selanjutnya boleh berlaku……



Says:
Wah..sungguh berpengalaman nampak nya mr Kama kita ni… Mana tau kita boleh sembang2 minum kopi…hehe
February 3rd, 2010 at 12:10 pmSays:
Pengalaman sket2 ajer…… setakat minum kopi sembang2 no hal…..
February 3rd, 2010 at 1:03 pm