Stored in Ekonomi, Jutawan, Kewangan Peribadi, News

Amalan menabung untuk masa hadapan

January 18th, 2010 | By kabu
Tabungan untuk masa hadapan

Tabungan untuk masa hadapan


Hari minggu ini saya banyak pula membaca tentang tabungan. Jadi saya terpanggil untuk menulis sedikit berkenaan topik ini.

Ramai diantara kita sedar akan kepentingan mengasingkan sedikit daripada pendapatan kita untuk disimpan dalam tabungan. Tak kiralah dimana kita menabung dalam tabung kecil ke, saham amanah, tabung haji, takaful dan sebagainya. Potongan gaji yang dicarum kedalam KWSP pun kira menabung juga sebab wang ini hanya matang bila pekerja bersara kelak. Tetapi jangan terperanjat jika kita ketahui ramai juga yang gagal menabung, dengan sebab tersendiri…..

Saya ingin membuat kupasan ringkas buat tatapan anda. Sekiranya anda ada maklumat tambahan sila, tanpa segan silu, kongsi bersama pembaca yang lain. Berkongsi ilmu ni kan baik….


Apa yang kita mahu bila menabung?

Nak simpan dimana...

NAk simpan dimana...

Kita mahu wang yang kita simpan itu;
-Selamat
-Berkembang biak
-Dapat digunakan dalam waktu kecemasan
-Mencapai sasaran jumlah tabungan
-Bersih dengan zakat

Apa pilihan yang ada?
-Simpan bawah bantal
Kaedah ini walaupun bunyinye kelakar tapi masih ada orang yang mempraktikkannya. Terutama bagi mereka yang tiada keyakinan pada orang lain dengan wang mereka.

-Akuan simpanan dan simpanan tetap bank
Mudah untuk dicairkan, pulangan maksima 3-4% setahun. Bila diguna, kena mula semjula dari baki yang berkurangan.

-Saham amanah
Awam yang didokong kerajaan seperti ASN, ASB pulangan yang menarik sekitar 8% setahun jika diniagakan baik oleh pengurus pelaburan.
Swasta yang didokong oleh Institusi Kewangan tempatan. Pulangan pelbagai tertakluk pada prestasi pelaburan.
Simpanan dalam saham amanah ini adalah untuk jangka panjang, tidak seperti saham yang diniagakan di Bursa KL. Namun begitu bukanlah bermakna anda tak perlu ambil tahu pergerakan harga unit saham ini. Sekiranya anda kerap mengikuti pergerakan harga ini anda mungkin dapat menbuat untung pada masa yang tepat.

-Tabung haji
Suatu tabungan yang dasarnya adalah untuk bakal-bakal haji, memberi pulangan yang sebanding ASB/ASN.
Sentiasa dipantau oleh jemaah penasihat syariah.

-Taqaful
Tabungan dan juga jaminan kewangan keatas risiko berlaku musibah. Insuran konvensional juga menawarkan yang sama. Sebagai orang Islam perlulah kita memilih yang dibenar syarak.
Berbeza dengan setiap skim, menabung dengan cara ini dapat menjamin kita memperolehi jumlah yang ingin kita tabungkan dalam masa tertentu tanpa perlu kita mencairkan tabungan sekiranya berlaku musibah atau kecemasan yang memerlukan perbelanjaan besar. Apalagi sekiranya risiko musibah atau kecemasan itu telah kita liputi dengan jaminan taqaful ini.

-KWSP
Baru-baru ini KWSP ada menawarkan skim untuk mereka yang bekerja sendiri mencarum ke KWSP. Pulangan daripada KWSP saban tahun sentiasa terkebelakang bebanding saham amanah yang didokong oleh kerajaan.

Jadi terpulang kepada anda menggunakan kebijaksanaan memilih tabungan yang sesuai dengan ciri-ciri keperluan kewangan anda. :)

Jika anda perlu bertanya lanjut sila email saya kabu@kamarudinazhar.com

  • Share/Bookmark
Tags : , , , , , , ,

4 Responses to “Amalan menabung untuk masa hadapan”

  1. zik
    Says:

    erm kena start menyimpan, dari sekarang.. sekarng nie adalah sikit..walaupun sikit..dari takda langsung..


  2. kabu
    Says:

    betul tu zik,

    biar sedikit asal bermula dan konsisten…..insyaAllah membukit…..


  3. dr.aku.la
    Says:

    macamana dengan simpanan emas bro?
    prospek bagus tak?


  4. kabu
    Says:

    emas memang dari temurun adalah jenis logam yg diminati ramai. nilai lebih stabil berbanding matawang. lagi sekali keuntungan hanya dapat direalisasikan sekiranya anda menjual ketika harga tinggi dan beli pada harga murah. Dulu emas dinar kelantan pilihan yang baik tetapi bila mereka menaikkan kos pertukangan tu yang kureng sket…… :)


Leave a Reply