Apa perasaan anda jika terima kejutan begini…??
February 4th, 2010 | By kabuNota : sila klik “baca selanjutnya” yang terletak dibawah video, selepas itu klik video dibawah dahulu sebelum anda baca post ini kerana klip video agak panjang
Pernahkah anda terima kejutan dari rakan taulan, adik beradik, staff atau ahli kumpulan sempena sambutan tertentu atau sebagai penghargaan atas pencapaian anda? Tentu terperanjat, gembira dan terharu bukan? Cuba anda bayangkan yang memberi kejutan adalah dari seluruh bandar tempat anda tinggal atau bertugas…. tentu lebih gempak bukan?
Dibawah ini adalah rakaman persembahan Oprah di Chicago untuk Black Eyed Peas. Oprah dikejutkan oleh lebih 20,000 penduduk Chicago yang spoting sempena pelancaran siri Oprah yang terakhir sebelum bersara, keadaan yang juga dikenali sebaga flash mob.
Penganjur kejutan ini hanya menggunakan 20 penari professional dibantu oleh sukarelawan penari seramai 800 orang untuk menggerakkan lebih 20,000 mengikut rentak yang telah dikoreograf oleh Choreographer terkenal. Usaha yang diambil kurang seminggu. Hasilnya amat menakjubkan….. “spectacular” bak kata Oprah…..
Kita juga dapat melihat bagaimana pengguna twitter dan facebook membantu dalam usaha ini…. baguskan….??
Walaupun saya bukan mempromosi tarian tetapi apa yang saya ingin tonjolkan adalah kesungguhan dan dedikasi menghasilkan sesuatu yang gempak……
.
Ciri-ciri ini kalau kita gunakan pada perkara yang lebih bermanfaat tentulah juga akan menghasilkan sesuatu yang gempak juga…… amacam ada berani???


