Fuhyoo……Sebut betul-betul….
January 31st, 2010 | By kabu
Ikon Fuhyoofm
Memang hebat…… itu yang boleh saya katakan mengenai siaran radio yang beroperasi melalui internet. Itulah Fuhyoofm.com, radio internet dari Johor, Malaysia. Untuk mendengar siaran radio ini anda perlu buka site yang saya sudah link tadi. Anda perlu cari media player yang berada ditengah pada laman utama Fuhyoofm dan klik ikon play pada player itu dan anda sudah boleh memberi halwa pada telinga anda.
Jika suka siaran ini anda boleh muat turun toolbar untuk diletakkan pada browser kegemaran anda. Dengan toolbar ini anda boleh terus mendengar siaran Fuhyoofm ini tanpa mensemakkan tab browser. Kemudahan ini lebih baik berbanding laman web radio komersil seperti Radio ERA, Hotfm dan sebagainyayang hanya membuka page baru sekiranya ingin mendegar siaran radio mereka
Apa yang menarik tentang Fuhyoofm ini adalah asal penubuhannya oleh Fitrah Media Enterprise sebagai usaha pendedahan kepada pelajar sekolah tentang dunia penyiaran sehingga kepada pelancaran Fuhyoofm dihari terkahir tahun 2009 yang lepas. Dan yang lebih menarik para DJ yang bersiaran adalah dari kalangan pelajar sekolah serta blogger kental dan tegar serta dipimpin oleh DJ Senja yang berpengalaman luas dalam dunia penyiaran.
Setelah sebulan mengikuti siaran mereka serta berinteraktif bersama DJ bertugas, saya dapat membuat sedikit kesimpulan tentang Fuhyoofm ini;
Lagu-lagu yang dimainkan dari pelbagai genre muzik amat menyegarkan dan sesuai didengar oleh semua peringkat umur. Pertukaran antara lagu mungkin boleh diperbaiki dengan fade-out dan fade-in supaya tidak bertindih.
Pendengar pula boleh berinteraksi sesama pendegar dan DJ melalui shout box dilaman utama Fuhyoofm ketika bersiaran. Jika inginkan DJ membaca komen anda boleh juga terus menghantar email kepada fuhyoofm@gmail.com
Gaya persembahan mirip Best 104, mungkin kerana pengaruh siaran kegemaran orang Johor, namun boleh dimantapkan dengan sedikit post moterm dan latihan lanjut.
Saya ingin memberi sedikit cadangan, itupun sekiranya seiring dengan objektif stesen radio ini. Jumlah pendengar adalah nadi sesebuah stesen radio dan oksigennya adalah tajaan atau iklan para pengiklan. Nilai iklan adalah tertakluk kepada jumlah pendengar dan beberapa faktor lain. Bagi stesen radio menggunakan frekuensi modular (FM) ini ada beberapa pihak bebas yang menjalankan kajian pendengar semua stesen radio. Mereka akan menyiarkan ringkasan hasil kajian ini untuk maklumat umum manakala laporan terperinci untuk dibeli oleh stesen radio yang berkenaan dan para agensi pengamal pemasaran. Data ini amat berguna sebagai alat pemasaran yang efektif.
Saya pasti untuk radio internet ini pasti ada plugins atau program yang dapat merekod data pendengar dan boleh digunakan untuk tujuan pemasaran berprofil.
Apakan pun saya yakin Fuhyoofm ini boleh melangkah lebih jauh dimasa hadapan dengan jumlah pendengar yang berkembang biak dan menjadi pilihan pengiklan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
SELAMAT BERJAYA BEB!!!!



Says:
semoga FuhyooFM lebih sukses di masa hadapan!
February 3rd, 2010 at 4:23 amSays:
Ya…….. moga-moga
February 3rd, 2010 at 9:09 amSays:
Fuh Yoo… bila mau datang fuhyoofm bos?
February 5th, 2010 at 2:43 pmSays:
bila kutip hadiah… Fuhyoo….. hehehe
February 5th, 2010 at 2:46 pm