Stored in Cukai, Ekonomi, Jutawan, Kewangan Peribadi, Umum

Lepas cukai, lari cukai

February 3rd, 2010 | By kabu

Amaran!!! Artikel ini mengandungi 623 patah perkataan, jika anda baca dipejabat sila pastikan line clear supaya tak kantoi dengan Boss anda. :D

bayar cukai anda

bayar cukai anda

Diawal tahun begini selepas sibuk hal sekolah, akan tiba kesibukan deklarasi pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya menulis topik ini sebagai menyahut cabaran Sifu blogging yang saya hormati. Bak kata pepatah orang puteh “two things that is certain in life, one is death the other is tax”.

Hahaaa…..cukai adalah sumber utama kerajaan mendapat perolehan negara dimana ia akan diguna untuk urus tadbir sesebuah negara. Jadi tak hairan jika agensi pemungut cukai memburu hingga kelubang cacing untuk mendapatkan kutipan dari pembayar cukai. Alkisahnye kegiatan haram mafia Al Copone pun dibendung melalui undang-undang percukaian Amerika Syarikat.

Maknanye jangan cuba nak lari daripada membayar cukai…..hehehe….. kerana ia adalah suatu kesalahan kriminal……..

Tapi tidak lah bermakna kita tak boleh lepas dari cukai, kerana pelepasan dari cukai adalah dibenar undang-undang. Jadi apakah jalan atau cara untuk mendapatkan pelepasan.


potong cukai

potong cukai

Antara pelepasan cukai yang anda mungkin sedia maklum;

  • Pelepasan yang dibenarkan terhad kepada jumlah dan nilai dalam pegiraan pendapatan bercukai ini termasuklah pelepasan diri, isteri dan anak-anak
  • Pengecualian cukai keatas pendapatan yang dibenarkan…. hahaaaa disini ada jalan yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya, terutama blogger line international…. :D
  • Permohona pelepasan cukai yang mendapt kelulusan menteri kewangan

Baiklah…… saya rasa kalau diteruskan dengan senarai nanti bosan pulak nak baca. Jadi saya teruskan kongsi kaedah yang boleh dimanfaatkan oleh pembayar cukai…… Tapi sebelum itu kenal pasti dulu adakah anda ini pekerja yang membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) atau Usahawan yang punyai perniagaansendiri yang berdaftar.

Pendapatan Penggajian

Jika anda berkerja dan bergaji ini bermakna pandapatan anda dicukai dahulu bakinya barulah dapat anda simpan atau belanjakan. Bagaimana ini berlaku? Melalui PCB,  majikan anda bertanggung jawab untuk memotong sebahagian gaji anda dan bayar ke LHDN setiap bulan.  Bolehkan potongan ini dapat kembali jika terlebih bayar? Boleh kerana LHDN sekarang sudah cekap. Tak payah tunggu lama untuk mendapat kembali wang anda.

Anda juga boleh mendapat bayaran balik yang lebih tinggi sekiranya anda memiliki saham syarikat berhad yang diniagakan di BURSA Kuala Lumpur membayar dividen tahunan  kepada pemegang saham.  Bagaimana ini bloeh berlaku? Setiap dividen yang dibayar adalah selepas syarikat tersebut membayar cukai perniagaan, dimana kadar cukai perniagaan adalah lebih tinggi berbanding kadar cukai individu yang pendapatan bercukainya tidak melebihi RM100,000 setahun.

Bagaimana kalau tiada pegangan saham syarikat dalam BURSA ni..? Jangan risau, saya pasti anda ada simpanan dalam saham amanah seperti ASN, ASN, Unit Trust swasta dan sebagainya. Jika anda telah menyimpan lebih setahun anda pasti ada menerima surat yang mengandungi penyata pembayaran dividen ( dividen voucher) yang menyatakan jumlah cukai yang telah dibayar. Cukai yang telah dibayar inilah yang boleh anda tuntut sekiranya jumlah cukai yang anda bayar melalui PCB telah melebihi nilai cukai kena bayar. Seronok?

Pendapatan Perniagaan

Jika anda mengusahakan sebarang perniagaan,  dan perniagaan anda didaftarkan…. ini lebih baik kerana segala pendapatan anda dibelajakan dahulu kemudian sekiranya ada lebih untung barulah pendaptan itu dicukai….. hmmmm…… tak patutkan??? Patut……. kerana dalam perniagaan banyak kos-kos perlu ditanggung sebelum dapat dinilaikan keuntungan untuk dicukai.

Bagaimana orang makan gaji boleh dapat manfaat sebegitu? Sekiranya pendapatan bercukai anda sudah melebihi RM100,000 maka eloklah anda daftarkan sebuah perniagaan untuk pendapatan itu kerana kadar cukai individu lebih tinggi daripada kadar perniagaan di peringkat pendapatan bercukai melebihi RM 100,000 keatas

Sebenarnya ada berbagai cara lagi untuk mendapat pelepasan cukai ini yang terlalu panjang untuk saya ulas melalui blog post ini. Satu perkara yang mungkin menggembirakan para ProBlogger adalah

segala pendapatan dari luar Malaysia yang diterima didalam Malaysia adalah dikecualikan dari cukai berkuatkuasa mulai 2004……..

Perrrghh senyum lembar nampak Saudara Ijad kita….. :D , jadi baik kata bapanya

carilah lah duit di internet sebanyak mungkin selagi halal

memberi makna yang besar ye Ijad….

  • Share/Bookmark
Tags : , , , ,

4 Responses to “Lepas cukai, lari cukai”

  1. rohaizad
    Says:

    * Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia

    Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan.

    - Maybe boleh huraikan dengan lebih lanjut mengenai clause ini. Ramai yang akan tertarik kot.


  2. kabu
    Says:

    Maksudnya….. jika anda memperoleh pendapatan dari urusan diluar negara….. kemudian hasil dari urusniaga itu dibawa pulang ke Malaysia, pendapatan itu dikecualikan daripada cukai……tapi tidak bermakna anda tak perlu declare pada LHDN. Declaration tetap kena buat tetapi ia tidak dicukaikan.

    Dalam situasi blogger ini saya kira belum ada kes sebegini lagi tapi jika dilihat pada nature of transaction itu menyamai peruntukan yang dibenarkan seperti diatas. Mari kita huraikan;

    John Doe dari US meminta backlink pada blog Abu yg dihost di US dengan bayaran USD50 (PR5 lah ni kot). Abu buatkan link dan terima bayaran dari John Doe kedalam Paypal yang berpangkalan di US juga. Kemudian Abu keluarkan USD dia melalui bank diMalaysia. Dan Abu buat simpanan serta belanja wang tadi di Malaysia. Bersamaan tak kisah Abu dan John Doe tadi dengan peruntukan pengecualian cukai yang dinyatakan diatas tadi? Layak tak Abu dapat pengecualian cukai dari pendapatan luar negaranya? :) Menarik?????? hahahaha…… :D


  3. imran
    Says:

    cukai boleh dielakkan sekiranya kita membayar zakat :D


  4. kabu
    Says:

    Ya betul, itu keistimewaan kita orang islam disini jika sudah bayar zakat boleh di off set dengan jumlah cukai dikenakan.

    Kadar zakat adalah 2.5% tetap manakala kadar cukai bermula dgn 0% hingga 26% bagi individu.

    Sekiranya pendapatan anda dalam kategori melebihi kadar cukai 2.5% anda tetap akan dicukai……. :)


Leave a Reply